Friday, October 19, 2018

Himpunan Doa Selepas/Sesudah Solat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
‎الْحَمْدُ لِلَّهِ

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin Nya dapat juga menyiapkan himpunan doa harian selepas/sesudah solat dan digunakan juga dalam majlis doa selamat serta di majlis bersesuaian yang lain.

Kesemua pilihan doa ini disediakan dalam bahasa Arab, rumi (latin) dan terjemahannya berserta rujukan bagi sebahagiannya. Diatur mengikut pilihan/amalan penulis. Moga dengan ini, kita sama-sama lebih memahami isi pengertian doa yang dibaca, serta lebih bertawadduq dalam memohon kesemuanya pada Allah SWT.

Segala yang baik adalah dari Allah
‎مَا شَآءَ ٱللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّهِ
(Inilah yang dikehendaki Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)

Mohon maaf sekiranya ada sebarang kesalahan atau kekurangan dan kelemahan itu adalah dari penulis sendiri.

Berikut adalah doa :


‎أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
A’uzzubillahi minasshaitonirrajim
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَا رَبَّنَا  لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِك
Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin. Hamday yu-waafii ni’amahuu wa yukaafi’u maziidah. Yaa rabbanaa lakalhamdu ka-maa yambaghii lijalaaliwajhikal kariimi wa ‘azhiimisul-thaanik.
Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi keutamaan-Nya. Ya Tuhanku, untuk-Mu pujian yang sebanding dengan kebesaran dan kemuliaan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu


‫اللّهُمَّ صَلِّ عَلى سَـيِّدِنا مُحَمد‬‬‬‬‬
‎‫ صَلاَةً تُنَجِّيـْنا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الاَهْوَالِ وَالآفَاتِ‬‬‬‬‬
‎‫ وَتَقْضِى لَنا بِهَا جَمِيْعِ الحَاجَاتِ ‬‬‬‬‬
‎‫وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّـيِّئَاتِ‬‬‬‬‬
‎‫ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَىْ الدَّرَجَاتِ ‬‬‬‬‬
‎‫وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الغَايَاتِ ِمنْ جَمِيْعِ الخَيْرَاتِ فِىْ الحَيَاتِ‬‬‬‬‬
‎‫ وَبَعْدَ المَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ ‬اَجْمَعِيْنَ‬‬‬‬
Allaahumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammad. Shalaatan tun jinaa bihaa minjamii’il ahwaali wal aafaat. Wa taqdhii lanaa bihaa jamii’al haajaat. Wa tuthahhirunaa bihaa min jamii’is sayyi’aat. Watarfa ‘unaa bihaa’ indaka ‘a’laddarajaat. Wa tuballighunaa bihaa aqshal ghaayaati min jamii’il khairaatifil hayaatiwa ba’dal mamaat. Wa’ala alihi wasohbihi ajmain.
Ya Allah, selawat sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad yang dengan berkat berselawat ke atasnya akan menyelamatkan kami daripada seluruh kesukaran dan kebinasaan dan menyempurnakan semua hajat kami, juga membersihkan dengannya daripada semua kejahatan,
dan mengangkat kami dengannya di sisi-Mu setinggi darjat,
dan membolehkan kami mencapai tinggi matlamat semua kebajikan ketika hidup juga selepas mati. Selawat sejahtera juga keatas keluarga, sahabat baginda sekaliannya.


‎اللَّهُمَّ أَحِيْنَا بِالإِيْمَانِ وَأَمِتْنَا بِالإِيْمَانِ , وَأَدْخِلْنَا الجَنَّةَ مَعَ لإِيْمَانِ
Allahumma ahyiina bil imaan wa amitna bil imaan wa’adhilna jannata ma’al imaan
Ya Allah, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman


اَللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكْ
Allahumma a’inni (a’inna) ala dzikrika wa syukrika wa husni ibadatik.
Ya Allah bantulah aku (kami) untuk dapat berdzikir mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah kepada-Mu dengan baik


‎اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلآتَنَا تَامَّةْ, وَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا عَامَّةْ
‎وَلا تُعَذِّبْنَا يَوْمِ اْلقِيَامَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ ‏قَدِيْرٌ
Allahumma taqobbal minna solatana tammah, warghfirlana zunubana ammah, wala tuazzibna yaumal kiyamah, innaka ala kuli syaien qodir.
Ya Allah, terimalah daripada kami solat kami sepenuhnya, dan ampunilah ‎dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biarpun hingga ke hari ‎kiamat nanti. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْن
‎وَعَافِيَةً فِى الجَسَدِ، وَزِيَادَةً فِى العِلْمِ، وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ
‎وتَوْبَةً قَبْلَ المَوْتِ، وَرَحْمَةً عِنْدَ المَوْتِ
‎وَمَغْفِرَةً بَعْدَ المَوْتِ
‎اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ المَوْتِ
‎وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالعَفْوَ عِنْدَ الحِسَابِ
Allaahumma innaa nas’aluka salaamatan fiddiin. Wa ‘aafiya-tan fil jasad wa ziyaadatan fil’ ilmi wa barakatan firrizqi wa taubatan qablal maut wa rahmatan ‘indalmaut wa maghfiratan ba’dal maut. Allaahumma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil maut wan najaata minan naari wal’ afwa ‘indal hisaab.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan pada agama, dan kesihatan jasad, dan ditambahkan ilmu pengetahuan, dan Keberkatan rezeki, dan bertaubat sebelum mati, dan rahmat ketika mati, dan keampunan setelah mati.
Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut, dan lepaskan dari api neraka, dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab)


‎اللهم إنا نسئلك رضاك والجنة
‎ونعوذبك من سخطك والنار
Allahumma inna nas aluka ridhoka wal Jannah
wa na’uzubika min sakhathika wannar
Ya Allah, kami memohon dari-Mu keredhaan-Mu dan Syurga
dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan api neraka


اللهم إنك عفو كريم
‎تحب العفو فاعف عنا
Allhumma innaka ‘afuwwun kareem
tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia,
Engkau suka memberi ampun, maka ampunilah kami


‎اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحُمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا
Allahummaghfirlana dzunubana wali walidaina warhamhuma kama rabbayana shigara.
Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, kasihanilah keduanya sebagaimana mereka memelihara kami ketika kami masih kecil


‎وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ أَلْأَ حْيَآءِمِنْهُمْ وَاْلأَ مْوَاتِ
‎بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ ‏الرَّاِحمِيْنَ
Wa li jami’il-muslimina wal-muslimati wal-mu’minina wal-mu’minati al-ahyai minhum wal amwat. birohmatika ya~ arhamar rohimin.
dan bagi semua Muslim lelaki dan perempuan dan mukmin lelaki dan perempuan yang masih hidup mahupun yang sudah mati.
Dengan berkat rahmatMu, ‎wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihi


‎اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا ِبحُسْنِ اْلخَاِتمَةْ, وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا اَللهُ بِسُوْءِ اْلخَاِتمَـةْ
Allahumma tim lana bilhusni khaatimah, wa la takhtim 'alaina Ya Allah bissuil khaatimah‬‬‬‬‬
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau Ya Allah akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik‬‬‬‬‬

‎وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا  ﴿٢
‎وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا  ﴿٣
“Wamayya taqillaaha yaj ‘allahu mahrajan. Wayarzuqhu minhaitsu laayahtasib, wamayya tawaqal ‘alallaahi fahuwa hasbuhu innalallaha balighu amrihi  qad ja ‘alallaahu liqulli syai in qodron.”
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”
(QS. At-Talaaq [65]:2-3)
(Ayat seribu dinar)


‎للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Allahumma inni (n)a’udzubika minal hammi wal hazan, wa (n)a’udzubika minal ‘ajzi wal kasal, wa (n)a’udzubika minal jubni wal buhkl, wa (n)a’udzubika min ghalabatid-daini wa qahrir-rijaal
Ya Allah, (kami)aku berlindung pada-Mu dari kesusahan dan kedukaan (gelisah), dan (kami)aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan (kami)aku berlindung pada-Mu dari sifat pengecut dan bakhil, dan (kami)aku berlindung pada-Mu dari belenggu hutang dan tekanan manusia

‎رَبِّ ٱغْفِرْ لِى وَهَبْ لِى مُلْكًا لَّا يَنۢبَغِى لِأَحَدٍ مِّنۢ بَعْدِىٓ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ  ﴿٣٥
Rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka antal wahhaab.
Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi
(QS. Saad [38]:35)


‎رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ  ﴿١٩
Rabbi awzi’nii an asykura ni’mataka latii an’amta ‘alayya wa’alaa waalidayya wa-an a’mala shaalihan tardaahu wa-adkhilnii birahmatika fii ‘ibaadikash shaalihiin
Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh
(QS. An-Naml [27]:19)

‎رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا  ﴿١٠
Rabbana atina min ladunka rahmatan wahayyi lana min amrina rashadan
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami"
(QS. Al-Kahf [18]:10)

‎‫رَبَّنَا ظَلَّمْنَا أَنْفُسَنَا وانْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ‬‬‬‬‬
Rabbana Dzallamna Anfusana Wainlam Taghfirlana Watarhamna Lanakunanna Minal Khasirin‬‬‬‬‬
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"
(QS. Al-A’raf [7]:23)

‎‫رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ‬‬‬‬‬
‫Rabbana Laa Tuzig Qulubana Ba'da Idz Hadaitana Wahab lana min ladunka rohmah Innaka Antal Wahhab‬‬‬‬‬
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
(QS. Ali Imran [3]:8)

‎‫رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا، وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً‬‬‬‬‬
Rabbana Hab Lana Min Azwajina, Wadzurriyatina Qurrata A'yun ‬
‫Waj'alna Lil muttaqina Imama‬‬‬‬‬
Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang‬‬ bertaqwa‬‬‬
(QS. Al-Furqan [25]:74)

‎رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
Rabbi hab lee min ladunka thurriyyatan tayyibatan innaka sameeAAu dduAAa
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"
(QS. Al-Imran [3]:38)

‎رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Rabbi ijAAalnee muqeema alssalati wamin thurriyyatee rabbana wataqabbal duAAa
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
(QS. Ibrahim [14]:40)

‎رَبَّنَا لاَ تُؤَا خِذْنَا إِنْ نَسِيْنَا أَوْ أَخْطَأْ نَا
Rabbana la tu’akhidzna in nasina au akhtha’na.
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menyeksa kami jika kami lupa dan bersalah”
(QS. Al-Baqarah [2]:286)

‎رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِ يْنَ مِنْ قَبْلِنَا
Rabbana wa la tahmil ‘alaina ishran kama hamaltahu ‘alal-ladzina min qablina.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan atas diri kami beban yang berat sebagaimana yang pernah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu dari kami”
(QS. Al-Baqarah [2]:286)

‎رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَا قَتَا لَنَا بِهِ, وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَ نَا
 فَا نْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَا فِرِيْن
Rabbana wa la tuhammilna ma la thaqata lana bih, wa’fu ‘anna waghfirlana warhamna anta maulana fanshurna ‘ala-qaumil-kafirin.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, serta ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami; maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"
(QS. Al-Baqarah [2]:286)

‎‫رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار‬‬‬‬‬
‫Rabbana Atina Fiddunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina adzabannar‬‬‬‬‬
‫Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan jauhkanlah kami daripada seksa neraka ‬‬‬‬‬
(QS. Al-Baqarah [2]:201)


‎وَأَدْخِلْنَا الجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ, يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَا لَمِيْنَ
Wa adkhilnal-jannata ma’al-abrar ya ‘azizu ya gaffaru ya rabbal-‘alamin.
Masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang-orang yang berbuat baik, Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Pengampun dan Tuhan yang menguasai seluruh alam

‎وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Wasollallaahu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa'alaa aalihi wasohbihi wasallam.
Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya

‎رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Rabbanaa taqabbal minnaa innaka antas samii’ul ‘aliim, Wa tub ‘alainaa innaka antat tawwaabur rahiim.
“Wahai Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang“
(QS. Al-Baqarah [2]:127-128)

‎‫سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ، وَسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِيْنَ، وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالمَيْنَ‬‬‬‬‬
‫Subhana Rabbika rabbil 'izzati 'amma yasifun, Wasalamun 'alal mursalin walhamdulillahirabbil 'alamin‬‬‬‬‬
Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keperkasaaan dari apa yang mereka katakan, dan kesejahteraan yang dilimpahkan kepada semua para Rasul dan segala puji kepada Allah, Tuhan semesta alam‬‬‬‬‬


‫Selamat beribadah‬‬‬‬‬
ABU IMAN‬‬‬‬‬

(Ref: Al-Quran Al-Karim (Ar-Riyadh), Muslim Pro 9.7, Islamic sites etc.)